KAMPUNG SEPARAP: 29hb.Jan.2011 - Majlis pelancaran Radio Separapfm telah di sampurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat (Tuan Hj.Norizan Bin Kulop) di Dewan Balai Budaya JPMM DUN Semerah Kampung Separap. Radio separapfm adalah satu-satunya radio internet yang terdapat di daerah Batu Pahat dan ianya bersiaran 24 jam. Radio ini adalah radio komuniti JPMM DUN Semerah, di sampingan mendengar hiburan ianya berfungsi sebagai penyebar maklumat komuniti dan mengisahkan aktiviti masyarakat kampung. Nama separapfm diambil sempena nama kampung ianya di cetuskan dan diterbitkan. Turut serta dalam majlis pelancaran tersebut seramai 40 siswa UPSI Tanjung Malim sempena program bakti siswa di kampung Separap.
Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat merasmikan dan melancarankan Radio Separapfm
Gimik pelancaran Radio Separapfm telah di sampurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah
Ketua kampung menunjukkan laman web kampung Separap kepada Tuan Pegawai Daerah
Sebahagian siswa UPSI dan anak angkat menyerikan majlis dengan pertandingan akan aepal
Persembahan pentas oleh siswa UPSI
Sebahagian dari penduduk kampung dan keluarga angkat yang hadir
Menyaksikan persembahan pentas oleh siswa UPSI sambil menikmati jamuan

0 comments:
Catat Ulasan